Tuesday 11 October 2011

BICARA HATI



Pertama kali aku lihat dirimu
Hatiku tidak merasa apa-apa
tetapi kebelakangan ini
Hatiku mula bergetaran
Naluri wanitaku mula memberi reaksi


Kini saat ku lihat kelibatmu
Hati berdegup kencang
Aku mula rasa tak keruan
Tapi bila sehari tak melihat wajahmu
Seperti ada yang kurang dengan hariku


Dan sejak itu juga
Seperti kebetulan
malah seringkali kebetulan
kita beselisihan
Kau ada di mana aku ada
tiba-tiba sahaja kau akan berada di depanku
Seperti telah diaturkan


Ingin sekali aku mendekatimu
Ingin sekali aku berbicara denganmu
Tapi hati rasa malu
Aku rendah diri
Mungkin kerana taraf kita yang berbeza
Aku cuma mampu memerhatimu dari jauh
Dalam diam kau mencuri tumpuanku


Aku ingin tahu segalanya tentang kamu
kesukaanmu, kebencianmu
sudah berpunyakah kamu
Atau masih mencari?


Namun aku sedar
Ini semua ini hanya mimpi
mainan perasaan
mana mungkin kau akan menyedari kewujudanku
Aku juga tidak mahu kau sedar aku memerhatimu
takut aku disalah erti


Mimpi ini pastinya kekal mimpi
Walau hanya mampu memendam rasa dalam diam padamu
Aku redha
dan yang penting 
Aku harap kau akan bertemu pasanganmu
Dan aku akan bahagia bila kau bahagia


P/S : Tiba-tiba rasa nak berjiwa2 pulak tengahari ni....takpe, dia bukan tau pun...hehehehe

Monday 10 October 2011

MANUSIA....MALAIKAT....SYAITAN.....















Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat 
- Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz


Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.


Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah


Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !


Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)



~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Thursday 6 October 2011

PAUS KE IKAN DUYUNG?


Satu ketika dahulu, di sebuah gymnasium, terdapat sebuah potret wanita yang langsing di pintu masuknya. Pada potret itu tertulis : 

"Pada musim panas ini, adakah anda mahu menjadi ikan paus yang besar ataupun ikan duyung yang cantik?"

Seorang gadis yang berbadan gempal meneliti ayat pada potret itu dan berkata kepada kawan-kawannya...

"Kawan-kawan, ikan paus sentiasa dikelilingi kawan-kawannya seperti ikan lumba-lumba, ikan-ikan lain, hidupan laut, dan didatangi manusia yang ingin tahu tentang dirinya dan kehidupannya. Mereka amat menghiburkan, mereka hidup dengan gembira, dapat makan udang yang banyak, sentiasa aktif, dan membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang. Mereka boleh merantau ke merata-rata tempat habitat mereka sangat luas. Mereka adalah hidupan yang menarik, dan mereka dilindungi oleh manusia yang prihatin."

Dia menyambung lagi : 

"Ikan duyung tidak wujud, kan?"

"Kalaulah mereka wujud, pasti mereka akan berebut-rebut untuk berjumpa pakar psikologi kerana masalah personaliti mereka : adakah mereka manusia atau ikan? Mereka tidak mungkin dapat melahirkan anak, kerana tidak mungkin akan ada aktiviti seks normal dalam hidup mereka. Mungkin mereka adalah makhluk yang cantik dan indah, tetapi mereka hidup dalam kesedihan dan kesunyian. Lagipun, siapa yang nak mengahwini dan menjalani hidup bersama seorang wanita yang berbau ikan?"

"Kalaulah saya, saya akan pilih untuk menjadi ikan paus." Kata wanita itu sambil tersenyum.

"Media selalu mewar-warkan bahawa wanita yang langsing itulah yang paling cantik. Tapi saya tak kisah. Saya lebih suka makan aiskrim bersama anak-anak saya, makan malam bersama suami, dan makan di luar  dan berseronok dengan kawan-kawan saya."

"Kita sebagai wanita, berat badan kita bertambah kerana kita telah mengumpul banyak ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Dan oleh kerana ruang di dalam kepala kita tidak mencukupi, maka ia tersebar ke seluruh bahagian tubuh badan kita. Kita bukannya gemuk, cuma tubuh badan kita dipenuhi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran."

"Setiap kali saya melihat tubuh badan saya di cermin, saya katakan kepada diri saya : "Saya adalah insan yang menakjubkan!"

"Saya bukanlah bermaksud untuk merendah-rendahkan mereka yang kurus, cuma berbadan gempal tak semestinya kita ini tidak menarik, betul tak?

P/S : Dapat artikel ni kat fesbuk, cuma dah diterjemahkan dan diubah sedikit supaya lebih mudah difahami.


Tuesday 4 October 2011

APELA AKAK NIIIIII........SEDEY.........

Assalamualaikum.....


Masa buka MUKABUKU tadi, kat satu page ni, tgh bincangkan tudung dan pakaian wanita Islam. Tetiba ada sorang akak ni komen, lebih kurang gini ayatnya : 


CAMNE NGAN ORG GEMOK? PAKAI APE PUN SEMUA NAMPAK KETAT, KALAU PAKAI YANG LONGGAR2, LAGILA NAMPAK GEMOK.......


Masa aku baca komen akak ni, aku rasa terkejut pun ada. Sebab?


Yela, bagi dia kalau orang yang gemuk pakai yang longgar-longgar nampak tak menarik....sedangkan pakaian yang longgar itu wajib bagi muslimah.


Yang menentukan kita masuk ke syurga nanti kan, bukan gemuk atau kurusnya badan kita, tapi samada gemuk atau kurusnya amalan kita, betul tak???


Aku rasa penyelesaian bagi soalan akak ni ialah : 


Kalau tak nak nampak gemuk bila pakai pakaian longgar-longgar, apa kata kuruskan badan tu...diet ke, bersenam ke, barulah tak nampak gemuk bila pakai pakaian yang longgar. Badan pun sihat, kan, kan.....


Apela akak ni.........



Monday 3 October 2011

LIBAS....BEST!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Hari ni aku just nak share beberapa video, masa aku dan kawan2 aku tengok cerita LIBAS pada 02/10/2011 di GSC Times Square. So, check it out.....














sorry kalau audio dan gambar kurang jelas....maklumla, tak dapat nak zoom....enjoy!!!



Saturday 1 October 2011

PLASTIK....SAMPAH PALING BANYAK ATAS MUKA BUMI.....





Memang ramai golongan plastik kat muka bumi ni kan?


1. Kawan yang anda rasa paling baik, tapi sebenarnya belakang anda, dia kutuk anda kaw2.


2. Depan orang nampak baik aje, sopan, lemah lembut tapi sebenarnya ramai yang tak tahu, kat rumah, bila bercakap, suara macam halilintar, kemas rumah pakai kaki.


3. Perempuan pakai tudung litup, baju kurung, cantik aje, sopan. Tapi bila berdating, pegang sana, pegang sini, peluk sana, peluk sini, cium-cium boyfriend yang bukan muhrim tu.


4. Depan bos, bukan main rajin lagi, kerja tip top, belakang bos, bukan main lagi goyang kaki, kerja dia pun mintak orang siapkan.


Banyak lagi sebenarnya jenis-jenis plastik lain. Setakat ni, ini aje yang aku pernah jumpa. Kalau plastik yang jenis biasa tu, bolehlah dikitar semula bila dah jadi sampah. Tapi kalu plastik yang macam kat atas ni macam mane?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...