Friday 30 September 2011

PANTUN SERONOK ORANG MUDA












Bermula dgn sekadar mengurat
Lalu bertemu di satu tempat
Maka tangan pun mula melorat
Lawan peluk tak kurang hebat
Bila peluk sama rapat
Nafas pun tersekat-sekat
Baju sendat turut terangkat
Gunung berluruh turut d’pnjat

Tinggi rendah,bacaan disukat
Jarum meter bepusing ligat
Lubang kosong mula tersumbat
Habis longgar dlunya ketat

Ular sakti menikam tepat
Bisa terpancut kononnya ubat
Ubat cinta tak pernah tergugat

9 bulan perut sarat
Dulu kosong skrg berat
Bila d’tnya kata terjerat
Time kangkang kononnya nikmat
Cepat lah abg cepat lah cepat

Pikir dunia tak ingat akhirat
Dapat baby di buang merempat
Masalah selesai kononnye selamat
Buat dulu pastu taubat

Tapi skrg sudah terlambat
Segala amalan di hitung di catat
Tunggu lah masa tunggu lah saat
Di akhirat kelak HANG TAKKAN SELAMATTT..
TIPU LA KALAU TAK PERNAH 



SUMBER : kat sini

Friday 23 September 2011

K-POP!!!!!!!!!!! SARANGHAEYO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (UWEK!!)






Aku pun tak faham sebenarnya apa yang menyebabkan artis2 Korea ni begitu digilai ramai terutama remaja wanita di Malaysia ni....jangan kata remaja, mak remaja wanita pun ada jugak yang macam histeria dengan artis korea ni....antara fenomena kegilaan Korea yang aku nampak :

1. Officemate aku, begitu gilakan drama bersiri Korea, tak dapat tengok kat tv, tengok online, sanggup download macam-macam drama Korea lain yang tak ditayangkan di Malaysia....(siap promote kat aku lagi, ajak tengok sekali)

2. Adik aku 2 orang....yang sorang ni, cakap aje, drama bersiri Korea yang mana, semua dia tau....semua dia suka...semua romantiklah, sweetlah, pada dia....yamg sorang lagi, lagu K-Pop pun layan gak....aku tengah syok2 tengok CSI dia boleh tukar channel MTV semata-mata nak tengok video klip K-Pop tu...

3. Pagi tadi, aku dengar radio masa dalam teksi, stesen radio yang popular kat Malaysia ni, buat contest untuk bagi tiket persembahan artis K-Pop nila, siapa nak menang, kena call, jawab soalan yang dia bagi dengan betul. Ada seorang budak perempuan ni,(aku gelar dia budak sebab dia baru 14 tahun kot) dia dengan konfidennya menjawab soalan tu, bila DJ tu kata jawapan dia betul, bukan main lagi dia jerit...amboi...mengalahkan jumpa duit RM1000 kat tepi jalan....

4. Ada artis malaysia yang mula meniru imej dan gaya artis K-Pop....bila ditanya, kononnya kebetulan....(yeke?)

Apa kelebihan ARTIS KOREA ni? rupa yang handsome/cantik? suara yang sedap? tarian yang mengasyikkan? Aku pun belum dapat merungkai misteri di sebalik kegilaan ini....

P/S : C.T.T. tak layan cerita Korea...C.T.T. lagi minat cerita Jepun...lagi best....




Tuesday 13 September 2011

BEST KE TAYANG KISAH CINTAN CINTUN DALAM LAMAN SOSIAL NI?


Bila bukak fb, twitter atau saje2 blogwalking, kadang-kadang naik meluat tengok sesetengah couple yang sibuk nak tayang kat satu dunia pasal kisah cinta diorang.

Ada sesetengah tu, baru lepas balik dating, terus post kat fb :



"bestnyew kua ngan bb td...thanks yunk, muax..."

pastu couple dia comment : 

"Ayang pown ase best gak....muax2.."

Pastu berbalas2 komen berdua aje sampai panjang berjela....macam tak jumpa setahun, padahal baru balik dating tu. Pelik betul la "Kuasa Cinta" diorang ni.

Biasanya yang dok tayang2 keagungan cinta diorang ni mesti budak2 yang belum habis sekolah pun, konon cinta sejati, mesti dikhabarkan ke satu dunia....masalahnya, kalau dah tetiap kali update status pasal kisah cinta korang aje, tak ke menyampah orang tengok, dah tu siap pakai ayat2 yang macam budak tak pandai mengeja tu....

Lepas tu bila gaduh pun nak post jugak, kau maki aku, aku maki kau....mulalah, semua tembelang pecah...buat malu je, kan.

"Ek eleh, ko ingat aku heran sangat ngan ko ha? takat jantan cam ko, berpuluh aku leh cari, pegi m***** la ko s***!!!!!!!"

Pastu balak dia komen  :

"Ko ingat aku pun nak sgt ke b***** mcm ko ni ha?! dasar pompuan s*****!!!!!!!!!"

Itulah realiti zaman sekarang....time tengah sayang2, bukan main lagi, setiap masa update status, pegi tgk wyg dgn bb la, tgh lepak dgn my cayunk la, itula, inila, tapi bila dah perang, segala caci maki keluar, hilang dah manja2, lemah lembut, penyayang semua dah terbang melayang.

Kalau setakat cinta monyet tu, hari ni kenal, esok dah couple, lusa dah boleh diusung ke hulu kehilir, tak payahla nak bangga2, nak canang satu dunia, fikir dulu baik buruk, halal haram tu. Esok bila dah gaduh, main maki2, kan dah tak pasal2 tambah dosa. Dosa yang sedia ada tu pun tak terjawab, macam mane?


Thursday 8 September 2011

HANTARAN PUNYE HAL









UNTUK WANITA YANG SEBOK DUK PASTE KAT WALL FB DIORANG PASAL HARGA HANTARAN SEMUA TUH HA BACA NIH: 


Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ". 


Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat ".. 


Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ". 


Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus.. TU!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!


Sumber : Fesbuk kawan aku

Wednesday 7 September 2011

"Aku Nak Trafik Percuma Daripada Jejaka Terhangat"




Tak tahulah sempat ke tidak ni, harap-harap dapatlah yea, wahai En. Jejaka Terhangat

‘Wordless Kipas Blogger’

Selamat pagi kawan-kawan....
Biasanya tetiap hari rabu kita ada Wordless Wednesday, kan, kan....
Tapi kali ni nak 'transform' sikit'
Selamat datang ke Segmen




So.....









Dan, pemilik blog ini ialah.........





Tuesday 6 September 2011

SATU MALAM @ DOWNTOWN

Al-kisahnya cerita seminggu sebelum raya di downtown Cheras. Di sebuah gerai tudung.

HAAA....MARI KAKAK-KAKAK, ADIK-ADIK, TENGOK TUDUNG CANTIK-CANTIK NI!!!

BOS SAYA KAT MOROCCO TADI BARU JE CALL SURUH BAGI DISKAUN TUDUNG-TUDUNG NI MALAM NI, MASUK-MASUK, TENGOK-TENGOK DULU KAK!!!!!!

Ayat dia xboleh blah....

Kitorang jadi khusyuk memerhati gelagat brader ni. Kreatif sungguh. Dia siap jadi model lagi memperagakan tudung tu. Bayangkan mamat bermisai pakai tudung ariani tu, tak ke pelik rupanya.

MARI MASUK KAK, CEPAT-CEPAT PILIH, NI CEARANCE STOK NI, SEBAB SAYA NAK CEPAT NI, NAK BALIK AUSTRALIA NI!!!

Tak lama kemudian gerai dia memang dapat sambutan, ramai orang singgah bukan nak beli tudung sangat, tapi nak tengok gelagat brader ni.

MARI BELI KAK, TUDUNG MURAH-MURAH, MACAM-MACAM JENIS ADA, AKAK BELI TUDUNG NI, DAPAT FREE GIFT, KAK!!!

BELI TUDUNG, DAPAT FREE PLASTIK POLKA DOT!!!!!

(Gambar sekadar hiasan)


Siap tunjuk sampel lagi, macam eksklusif sangat je plastik polka dot dia tu....

Bila ada seorang akak ni tanya pasal tudung ariani yang femes tuh, dia buat statement :

KALAU AKAK MINAT NAK BELI TUDUNG MACAM SAYA PAKAI NI, AKAK KENA ADA SUP BUNJUT KAK....

Maksudnya sanggul kat belakang macam yang perempuan sekarang ramai buat


(Gambar contoh. Kan macam sup bunjut kat belakang tu)

Last-last, member dia join buat announcement....

Dia jerit : 

BELI TUDUNG DAPAT FREE......

member dia sahut : 

PLASTIK POLKA DOT!!!!!!!!!

Dia jerit : 

KALAU PAKAI TUDUNG NI KENA ADA......

member dia sahut : 

SUP BUNJUT!!!!!!!!!!!!!!

Meriah betul gerai dia, dah macam konsert...macam-macam cara orang nak lariskan jualan, kan.....Mungkin bagi korang takde pape, tapi bagi aku yang tengok sendiri gelagat mamat ni, memang kelakar la. Hilang penat berjalan....hehehe.....



Monday 5 September 2011

ALAMAK, COMELNYE PAKCIK....

Satu hari aku perlu berurusan di kaunter sebuah institusi kerajaan(bahagian apa? adalah...)

Sesampainya disana, orang tak berapa ramai, okey, ambil nombor giliran, tunggu....

Dah sampai giliran aku, pergi ke kaunter no. 2, settlekan urusan aku tu. Sementara brader petugas kaunter tu menyettlekan dokumen aku, dalam suasana yang agak tenang, tiba-tiba ada bunyi memecah keheningan

Aku pandang brader petugas kaunter depan aku, dia tertoleh-toleh cari bunyi tu. Aku pun join pencarian dia tu. Tak jumpa.

Tapi lepas tu sekali lagi bunyi itu kedengaran

Aku toleh kat kaunter belah kanan aku semasa bunyi tu masih berkumandang, sebeb ia datang dari situ.

Dan sumber bunyi yang cute itu datang dari :

Handphone, tapi bukan milik cik akak, bukan milik cik adik. Tapi milik seorang pakcik yang aku rasa adalah dalam baya bapak aku, dalam 50-an. Dengan tanpa rasa segan silu dia menge'check' handphone dia di situ.

Aku tengok brader depan aku ni ni dah sengih-sengih, muka dah merah padam tahan gelak, akak yang kat sebelah dia dah lari masuk dalam pejabat, sambil tutup mulut. Aku pun memang nak tergelak, tapi aku cover, kang terdengar ketawa aku, malu pulak.

ADOI, PAKCIK....COMEL BETUL BUNYI HANDPHONE PAKCIK TU, DAH MACAM BUNYI HANDPHONE ADIK-ADIK YANG TENGAH DILAMUN CINTA....HAHAHA....MACAM-MACAM HAL LAH...

Segmen : Aku Mahu Readers Setia


saya suka join segmen, dan saya suka tengok segmen ni, cik fya macam tau2 aje saya memang suka join segmen2 ni...jadi, saya pun join la segmen ni....

ni link entry post saya yang dirasakan best di blog ini ialah : 



3. SMS

okeh, skang nak tag beberapa insan....jeng3....mari kita tengok siapa yang kena.....





tu dia....selamat berblogwalking saya ucapkan.....




Friday 2 September 2011

E-MAIL CINTA DARI KEKASIH UNTUK KEKASIH

Assalamualaikum.....

Efa hantar email ni pada abg sebab semenjak dua menjak ni susah betul Efa nak jumpa abg. Ada je alasan abg. Teman mak beli barangla, jemput sepupu la, hantar kakak la, hantar motor la, jiran jatuh tangga la, macam2la alasan abg. Efa sedar abg adalah org paling sibuk di dunia ni, semua org perlukan abg, hatta jiran abg sekalipun.

Efa igt nak SMS abg aje, tapi rasanya byk benda yg Efa nak bagitau, dan Efa taknakla semakkan inbox abg dgn msj Efa yg panjang berjela ni, jadi baik Efa hantar email aje.

Sebenarnya kat sini Efa nak bagitau abg yg lepas ni Efa tak nak keluar berdua dgn abg lagi. Sebab tak elok kalau kita selalu berdua-duaan. Nanti akan ada yang ketiga(syaitan) yang akan mula hasut kita ke arah yang bukan2. Efa tak nak dah buat semua tu. Haram, sebab kita takde ikatan yang sah, lagipun tak sesuaila dgn imej baru Efa sekarang yang bertudung ni.

Efa dah pernah bagi 'hint' kat abg, tapi mungkin abg tak perasan, kan. Tak elok kita couple lama2, takut mengundang maksiat, tapi abg mcm wat tak tau je.

Maka di sini Efa nak tegaskan sekali lagi dan ini kali terakhir Efa akan bagitau abg : 

Kalau abg syg Efa, dan serius dgn hubungan kita, maka segeralah dtg jumpa mak ayah Efa, dan bwk Efa jumpa mak abg, dan kita halalkan hubungan kita, dan Insyallah Efa akan cuba jadi isteri yang solehah.

Tapi kalau abg sebenarnya tak serius dgn hubungan kita, ataupun belun sedia nak ada komitmen, maka Efa rasa jalan terbaik ialah kita jadi kawan biasa shj, mungkin kita takde jodoh.

Itu keputusan muktamad dari Efa. Maka fikir-fikirkanlah dan segera reply yea...

Assalamualaikum....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...