Monday 29 August 2011

CINTA ITU INDAH BILA......

Bila hati bertemu cinta, cinta sesama insan, kadangkala kita terleka, terlalu asyik dibuai rasa, dibuai keindahan sesuatu yang digelar asmara. Kita seperti di awang-awangan, tidak mahu berpijak didunia nyata. Ada yang lebih ghairah mengejar keasyikan dunia, hingga terbabas, tersasar dari landasan, melanggar batasan, garisan, panduan yang ditetapkan untuk pengembaraan hidup.

Apa sebenarnya yang kita mahu? apa sebenarnya yang kita dapat dari keindahan itu? Ia buat kita lupa, bahawa ia bersifat sementara. Kita terlalu asyik sehingga kita lupa, sampai satu saat, kita pasti ditinggalkan. Kerana lumrah manusia yang berhati batu, tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki, dan ia akan berusaha mencari yang lain setelah nafsu mereka dipenuhi. Saat itu, apa yang akan terjadi pada yang ditinggalkan itu? ke mana mereka mahu mengadu? kepada siapa nereka mahu minta pertolongan? Siapa yang akan jadi teman berkongsi duka?

Saat kita sedang bersedih, rasa bersendirian, penuh kekecewaan di dada, apa yang akan kita lakukan? apa yang  akan terjadi? Maka kembalilah pada yang Satu, yang Esa...tautkanlah keyakinan padaNya, berpeganglah pada cintaNya. Maka hati akan lebih tenang. Cinta sesama manusia? tak usahlah dirisaukan. Yakinlah padaNya, kerana Dia telah menetapkan seseorang untuk mengisi ruang dalam hati kita. Jika kita pernah dicintai, tetapi ditinggalkan, dan yang meninggalkan kita itu tidak menunjukkan ciri seorang mukmin, maka biarlah dia pergi, kerana kita perlukan seseorang yang boleh menjadi imam dalam kehidupan kita, sebagai pembimbing supaya kita terus berada di laluan yang benar dalam perjalanan hidup ini....

YA ALLAH...SEKIRANYA DIA BUKAN YANG TERBAIK BUATKU, MAKA JAUHKANLAH DIA DARIKU AGAR AKU TERHINDAR DARI MAKSIAT DAN PERKARA YANG MEMBUAT AKU LUPA PADAMU. ANDAI DIA MEMANG UNTUKKU, MAKA BUKAKANLAH PINTU HATINYA UNTUK MENGHALALKAN HUBUNGAN KAMI INI.....AMIN.....

Tuesday 23 August 2011

SEBELUM COUPLE, SELEPAS COUPLE.....

BARU KENAL

1. Jalan jauh2, takut tersentuh, haram tu...

2. Kalau keluar, mesti ramai2, yela, baru kenal.

3. Gurl : "Tak berani naik motor dengan dia, segan." Boy : "Tak beranila bawak anak dara orang naik motor, takut orang nampak, nanti orang kata apa pulak.."

4. Tukar2 no. tepon pun guna orang tengah. malu la konon...

5. Baru kenal, mestila ber'saya-awak' aje. Tak pun panggil nama...SHASHA NAK AIR? RIZ AMBIKKAN YEA....


DALAM PROSES NAK TACKLE

1. SMS sekerap mungkin. Call setiap hari, kononnya caring each other.

2. Sesekali keluar berdua, asyik keluar ramai2, kacau daunla kawan2 tu.

3. Dah berani naik motor berdua, tapi yang gurl malu2 lagi nak peluk pinggang.

4. Bila jalan, tiba buat2 tersentuh tanganla, terpegangla, time lintas jalan, yang gurl tu mula la buat2 takut kononnya, nak pimpin tangan lintas jalan. Macam bebudak.

5. Masih lagi ber'saya-awak' atau panggil nama.


BARU-BARU COUPLE(PANAS LAGI)

1. Asal SMS ada aje ayat jiwang2 tu.....lambat sikit reply, terus call, risau kononnya.

2. Selalunya memang berdua, dah macam belangkas, kalau sehari tak jumpa, macam tak lengkap hidup ni, dah abis jumpa, sambung lagi SMS, call, chat FB, YM...rindu....

3. Bila naik motor, yang gurl dah pandai peluk pinggang...yang boy tu, asyik2 brek mengejut, jalan ada lubanglah, kucing melintas la, nak elak pakula.Gurl nak pergi mana-mana pun sanggup tolong hantarkan.

4. Dah tukar gelaran, ABG-SYG, PAPA-MAMA, I-U, BABYBOY-BABYGURL, macam2la, janji nampak manja dan romantis.

5. Ada je tempat2 dating, ada aje aktiviti bersama. tengok wayangla, karaoke la, mandi air terjunla, lepak tamanla, jauh2 pun takpe, sanggup pergi.

6. Bila keluar, mesti pegang tangan, tak pun peluk, takut hilang kena culik kang, susah pulak.

SELEPAS 3 BULAN

1. SMS? sekali hantar, lepas 10 minit baru reply, selalunya tak reply langsung. Call? 2,3 hari adalah sekali, itupun tak sampai 5 minit, takut habis kredit.

2. Seminggu sekali baru jumpa. sibuk, takde masa nak keluar, Kadang2 sampai 2 minggu tak nampak batang hidung. Bila online FB , buat2 tak perasan si dia online jugak.

3. Tengok wayang? takde cerita best la, Karaoke? berdua aje tak best la. Mandi air terjun? tak freela, banyak kerja. Lepak taman? nak buat ape?

4. Mintak tolong hantar/jemput? penatla, tak larat. Bila berdua atas motor, redah aje, lubang ke, kucing melintas ke, bonggol ke, tak peduli dah, janji cepat sampai.

5. "Apa pegang2 ni, orang tengokla, buat macam biasa je sudah"

6. Dah takde dah SMS jiwang2 tu. SMS pun pendek2 aje, macam tak berapa nak SMS aje.


Aku rasa mesti ramai yang alami situasi ni. Tak kirala boy @ gurl. Kalau yang mana selepas tiga bulan masih bahagia seperti baru2 couple, tahniah la,  semoga sampai ke alam perkahwinan. Punca situasi2 diatas berlaku? entahla, belum ada yang dapat pastikan. Ini pun sekadar pandangan aku aje.

SEKIAN

Monday 22 August 2011

BRO, PUASA KE TAK NI????

Di satu petang yang agak damai tapi sibuk(sebab aku ada kat Jalan TAR waktu tu. Jln TAR mana ada damai.) Pusing-pusing, usha apa lagi yang ada kat area ni, hati pun tergerak mengarahkan kakiku ke dalam MYDIN.


Gedung pilihan anda

Masuk kat ground floor, pusing-pusing, takde yang menarik. Naik 1st floor. Baju Melayu. Aku nak buat apa tengok baju melayu.

Naik 2nd floor. Dah nampak dah, baju kurung...



TIBA-TIBA

Aku belum jejak kaki kat hujung escalator tu, aku dengar orang menjerit

WOI, APSAL KO LARI HA?!!!

Aku tergezut....apahal ni? pekikan tu untuk aku ke? 



aku cepat-cepat lari naik atas, lepas tu aku toleh belakang.Rupanya brader ni marah mamat Parkistan@Bangladesh(aku tak sure sebab diorang ni lebih kurang sepattern je.)

Dia memekik lagi : APSAL KO LANGGAR AKU HA?!! LEPAS TU KO LARI!! KO INGAT AKU BANGLA MACAM KO KE?!!!!!! (lebih kurang macam tu la dialog dia, yang pastinya, dia memang jerit-jerit)

Dah la dia memekik buat kecoh dalam MYDIN tu, siap tampar-tampar kepala mamat Bangla @ Parkiatan tu(aku masih tak pasti diorang ni asal dari mana)

Ok, takdela melampau macam mamat baju kuning ni, dia tampar 2 kali je. Tapi kan, macam tak patut la, dia buat macam tu, sebab mamat Bangla @ Parkistan tu dah mintak maaf dah, berkali-kali pulak tu...dia asyik cakap SORYLA, ABANG, SORYLA ABANG.....

Tapi brader tu tetap nak tunjuk samseng dia, maki-maki diorang kat tengah public. Nasib baik la ada sorang abang ni sabarkan dia, leraikan diorang. Aku respek la abang tu, gentleman betul. Bayangkan, security guard pun tak berani leraikan brader ganas tu, tapi abang tu selamba aje tenangkan dia.

Tapi time tu terus terlintas kat kepala otak aku....

Bukan ke bulan puasa ni kita kena kawal nafsu amarah kita segala? Tapi apsal mamat tu dah macam orang hilang pedoman je aku tengok?? 

Memang la mamat Bangla @ Parkistan dah terlanggar kereta brader tu, lepas tu diorang blah aje, silap diorang jugak, tapi tak payahlah nak mengamuk macam bini dia pulak yang kena langgar(kalau dia ada bini la)
Dia ingat orang takut ke tengok dia macam tu? orang menyampah lagi ada. Aku pun nyampah.

"BRADER NI PUASA KE TAK NI????"

ENTRY KHAS UNTUK EN. ANGAH


Kehadapan En. Angah

Saya sebenarnya dalam dilema dan tak tahu nak minta pendapat siapa tentang dilema saya ni, saya dah minta macam2 pendapat tapi semuanya macam kurang meyakinkan.

Saya ada seorang teman lelaki, W. Kami berkenalan dah 7 bulan tapi kami baru bersama dalam 4 bulan. umurnya 25 tahun. Saya rasa ramai orang di luar sana mengalami masalah ni. Masa awal perkenalan kami, saya kenal dia sebagai seorang yang caring, baik, dan gentleman. Dia kerap sms dan call saya. Tapi itu masa mula-mula aje. dalam 2 bulan ni, dia dah berubah. Dia jarang pedulikan saya. sms dah jarang, call apatah lagi. Kalau dulu, hari2 dia datang jumpa saya, sekarang, seminggu sekali nak nampak muka pun payah. Kalau dulu, saya ajak ke mana2 pun sanggup pergi, tapi sekarang, nak ajak keluar ada je alasannya. Tambahan pula mak dia tak suka dia berkawan dengan saya, maka dia makin menjauhkan diri. Saya pernah cuba suarakan masalah ni pada dia, tapi dia tak beri penjelasan pun. Alasan dia, sibuk. Kata orang, kalau seseorang lelaki tu jujur nakkan kita, dia akan segera jumpa dengan keluarga kita. Saya takde ibu bapa, tapi ada ibu bapa angkat, dan mereka beria-ia nak jumpa W ni, dan saya pun dah banyak kali ajak dia jumpa mereka, tapi dia tak nak, alasan da belum sedia.

Saya dah mula sangsi dengan perasaan dia pada saya. Tapi kawan baik kami cakap, dia memang sayangkan saya, dia buat begitu ada sebabnya. Tapi saya tetap ragu2 dengan jawapan tu. Saya rasa dia tak serius dengan saya, saya pernah terfikir nak tinggalkan dia, tapi tak sampai hatila pulak, sebab dia bukannya curang dengan saya.

Saya mintak tolong sangat, apa pendapat en. angah.....please, sebab saya sebenarnya memang dah lama nak tanya pendapat en. angah, tapi segan, tapi sekarang saya nak tanya jugak....tolong yea....


Thursday 18 August 2011

LIPAS OH LIPAS......


Waaa....agak langsi cik lipas ni ea...kali ni memang nak cerita pasal dia ni, tu yang dia kerek sikit tu. Malam tadi masa lepak dengan kawan-kawan sambil menikmati bubur lambuk paling femes kat KL ni, bubur lambuk  Kg. Baru.

Tak tau macam mana boleh terkeluar cerita Cik Li ni....Member aku Ain namanya, dia kata, dia pernah kena kejar dengan lipas, bukan yang merayap biasa tu, dia kejar sambil terbang. Lipas kan ada kepak. ha, macam orang tak tentu arah la kawan aku kena kejar dengan 'jet pejuang hidup' tu.


kata kawan aku ni, sebenarnya Cik Li ni memang akan tertarik dengan bau minyak wangi dan dia lagi akan datang bila kita fikir-fikir pasal dia. Kawan aku ni pulak memang hantu minyak wangi, so nasib dia la kan....




Tapi, pakwe dia pun takut pada cik Li ni jugak. Aku pun tak sangka gak ada lelaki takut lipas rupanya. Tapi memang kalau jumpa Cik Li ni, terutama yang suka terbang-terbang tu, alamatnya memang tak cukup tanah la dia lari. Aku rasa kalau kaum kerabat Cik Li jumpa diorang ni, mesti diorang pakat-pakat gelak, hehehe...


Aku tak taula betul atau tak kawan aku ni kata kalau orang pakai minyak wangi memang 'kaum' ni suka. Tapi yang bab dia datang kalau kita fikir pasal dia tu, aku rasa boleh dipercayai la....

KORANG RASA????








Tuesday 16 August 2011

Segmen Kuih Raya Feberet Bersama Spanar Buruk



Bagus gak ada segmen ni, dah dekat2 nak raya ni kan.....jadi aku decide nak join....

Maka dengan ini saya mengisytiharkan kuih feberet aku time raya ialah.....

YANG PERTAMA : 


inilah kuih TART NENAS. Dulu masa kecik2 tak suka sebenarnya kuih ni, tapi sejak 2 tahun lepas, kuih ni memang dah jadi kuih feberet, bukan takat time raya je, dah abis raya pun, kalau jumpa kuih ni kat kedai, mesti beli...nak buat sendiri? hehehe....belum sempat nak menuntut ilmu resipi kuih ni....

YANG KEDUA : 


Yaaa...KUIH SEMPERIT. Kuih ni memang dari kecik lagi aku suka. masa kecik2 kakak sepupu rajin buatkan. Kalau pergi beraya kat rumah sape2, mesti akan cari kuih semperit ni dulu, siap bawak balik letak dalam sapu tangan tu....

maka, dua orang yang kena tag kali ini ialah.......



SELAMAT HARI RAYA......




Saturday 13 August 2011

SEGMEN PECAH PERUT ALEPRIDZ





Kali ni aku join segmen dari ALEPRIDZ
Macam klaka gak segmen ni, tapi menarik hati dan perasaanku untuk menyertainya pun, adoi....
(alamak, tertiru style AH CHAI la pulaknye kan)

Ha, udah2 tu merepek....straight to the Ampang Point.....
ini jawapan aku untuk segmen ni....

AKU MUNTAH DEPAN BOYFRIEND AKU SEBAB AKU GILA


muahahahahahaha.........
macam aneh2 tak? mesti ada yang konpius neh.....
takpe, untuk memahamkan diri korang yang tak mengerti apa yang berlaku disini, silalah jenguk 



jadi, insan-insan yang bertuah ditag oleh diriku ini ialah : 


Ramaila pulak kena tag....takpe2.....

Thursday 11 August 2011

KAHWIN CEPAT-CEPAT? KENAPA NAK PAKSA-PAKSA NI???






KAHWIN....satu perkataan yang ramai orang teruja bila mendengarnya. Tapi yang aku pelik tu, biasanya, bukan orang yang nak melangkah ke alam perkahwinan tu yang beria-ia, orang sekeliling beliau pulak kadang-kadang (bukan kadang-kadang, selalu kot) terlebih excited pulak bila tau ada kenalan/sedara/keluarga/member FB yang nak kahwin. Aku pun tak tau. Adakah itu salah satu tradisi masyarakat kita? ataupun memang dasar sesetengah manusia tu memang suka jaga tepi kain/tepi seluar orang.



Biasanya kalau orang tengok kita ni menyendiri terlalu lama (padahal baru setahun kot) ataupun tengok kita berteman rapat dengan seseorang (padahal adalah 2-3 bulan kenal) dah sibuk mengeluarkan pertanyaan seperti : 

-Kau tak sunyi ke sorang-sorang? bila nak cari kahwin ni?

ATAU

-Kau ni serius ke berkawan ngan mamat tu? bila nak merasa makan nasi minyak kau ni?

Dan soalan-soalan yang seumpama / seerti dengannya. Kalau aku, serius aku rimas dengan pertanyaan macam ni. Lantaklah aku nak menyendiri sampai berapa lama pun, mungkin jodoh belum sampai. Yelah, siapa yang tak nak kahwin, ada suami, hidup bahagia, bersenda gurau berasmaradana(lebih-lebih la pulak) tapi macam yang aku katakan, mungkin belum tiba masanya.

Dan aku juga akan naik rimas bila orang sekeliling macam nak push-push aku suruh kahwin cepat. Pantang dapat tau aku rapat dengan seseorang, mulalah tanya, bila aku nak kahwin. Kalau sesekali tanya tu aku tak kisah, tapi kalau setiap kali nampak muka aku, tanya soalan cepumas tu, memang naik tepu otak aku nak mencari jawapan.

Bagi aku setiap orang tu ada jodohnya. dan semua orang pun mesti setuju kan, yang kita di dunia ni Allah dah jadikan kita berpasang-pasangan, bezanya samada cepat atau lambat aje kita menemui 'soulmate' kita. (ceeewaaahh)


Yang paling tak tahan tu, bila sampai tahap memaksa. Sampai keluarnya statement yang berbunyi : 

-Kahwinlah cepat, nak tunggu apa lagi, tak takut dia kena kebas ke? tak takut dia lari?


So what kalau dia nak lari? Kalau dia betul-betul sayangkan aku, pasti dia sanggup tunggu dan mungkin sedang merangka perancangan untuk menjadikan alam perkahwinan kami membahagiakan, tidak serabut atau menyenangkan hati. Jadi itu semua kan perlukan masa. Takkanlah dalam keadaan ekonomi poket sendiri tak stabil nak kahwin? jangan kata aku, mak dia pun tak bagi kahwin. 

Aku tak mahu sebuah perkahwinan yang klise. Apa yang klise? ni dia : 

-Nak kahwin, ekonomi masing-masing belum stabil. Tapi nak buat majlis grand mengalahkan anak Tan Sri. Jalan paling mudah, buat personal loan. 


Bank pilihan anda

-Berpuluh-puluh ribu untuk majlis perkahwinan yang setakat sehari. Lepas tu tiap-tiap bulan kerjanya bayar loan. Sampai berbelas-belas tahun. Anak dah dua tiga orang, loan kahwin tak habis bayar lagi. Aku rasa ramai yang macam ni kan.

-Aku tak mengimpikan sebuah 'wedding of the year'. Aku tak perlukan wedding yang orang boleh ingat sampai bila-bila. Yang penting ialah laksanakan yang wajib dalam sesebuah majlis pernikahan.

-Buat apa wedding yang gah kalau lepas kahwin asyik berperang laki bini, mengungkit pasal duit?

-Buat apa tergesa-gesa kahwin kalau ilmu rumahtangga belum penuh di dada? Nanti baru 2-3 bulan kahwin, dah bercerai-berai.

-Biarlah wedding yang biasa-biasa aje, asalkan pasangan itu serasi, saling mengisi kekosongan dan bertoleransi antara satu sama lain. Yang penting mencari keredhaan Allah agar rumahtangga aman, dan bahagia sampai maut memisahkan. Insyaallah.....








Tuesday 2 August 2011

SEGMEN TAULADAN : JOM INGAT PESANAN IBU AYAH




Dulu masa kecik-kecik, baru-baru masuk sekolah, mak selalu pesan:

-Along pergi sekolah belajar baik-baik, jangan nakal-nakal, berkawan elok-elok.



Bila petang-petang nak pergi main, mak pesan lagi:

-Jangan main kat luar sampai senja, mesti balik sebelum maghrib, sebab syaitan banyak berkeliaran waktu ni.


Bila aku dah belajar solat dan mengaji, mak pesan:

-Solat jangan tinggal, mengaji rajin-rajin, nanti boleh bimbing adik-adik.







Masa umur 9 tahun, mak pergi tinggalkan kami. Jadi abah lah pulak yang selalu mengingatkan aku dengan pelbagai nasihat. Antaranya:

-Kalau keluar, jangan keluar sorang, mesti kena ada teman. Orang jahat banyak kat luar.

-Bila dengan adik-adik, Along kena beralah, sebab Along kakak, mesti tunjuk contoh yang baik.

-Bila dah besar, dah berjaya, jangan lupakan abah, abah harap kalau waktu abah ada lagi, boleh lah abah menumpang kasih dengan anak-anak abah.

Malangnya, tak sempat abah tengok aku berjaya, tak sempat tengok aku habiskan sekolah pun. Tapi tak mengapa, pesan mak dan abah akan selalu aku ingat.

layan lagu ni, mengingatkan pada mak dan ayah kita

Di sini nak tag beberapa insan:







SEKIAN TERIMA KASIH


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...